Mungkin setengah orang akan berkata kacang je ni, ia bagi yang pakar tetapi cara tidak sama untuk satu-satu produk. Memang kacang je sekira produk itu berbentuk keperluan harian seperti barang-barang basah, barang dapur dan sebagainya. Kerana mereka hanya menunggu pelanggan datang tetapi lain pula dengan produk kesihatan, produk kecantikan dan produk BESTMobile.
Anda perlu tahu dan kena ambil tahu serta belajar bagaimana untuk mendapat perhatian pelanggan walaupun secara offline dimana produk sudah ada didepan mata. Cara berkomunikasi dan cara menjawab berbagai-bagai soalan dari pelanggan. Oleh sebab itu jangan ambil remeh temeh tentang perkara ini. Anda wajib belajar , membaca dan mengingati fungsi produk, kebaikan produk, kelebihan produk , keupayaan produk berserta dengan Testimoni.
Itu semua belum lagi cukup untuk berjuang , anda perlu ada dalam diri anda semua perkara dibawah.
1. Mesti mempunyai keyakinan
2. Mesti telus
3. Mesti Jujur dan ikhlas
4. Mesti ada sikap menghormati
5. Mesti ada sikap budi bicara
6. Mesti Bertanggungjawab
7. Mesti Berani
8. Sentiasa senyum , menunjukkan anda happy
9. Ada Target dan keinginan bersungguh-sungguh
10. Usaha yang istiqomah
Tools-tools yang akan membantu anda dalam pemasaran offline ialah:
1. Talipon 10 orang setiap hari - lakukan dengan istiqomah
2. SMS 10 orang setiap hari - lakukan dengan istiqomah
3. Fax flyers anda ke syarikat atau pejabat-pejabat - jika anda malas untuk keluar
4. Masukkan flyers dalam akhbar harian
5. Edarkan flyers ke kawasan perumahan , kedai, letak pada cermin kereta.
6. Buka Booth ditempat-tempat orang ramai seperti depan pasaraya, pasar malam, pasar tani
7. Buka Booth dimana ada Karnival jualan
Sekiranya anda lakukan semua diatas in shaa allah anda Berjaya. Sebenarnya anda kena bijak dan berani serta tidak mudah kecewa bila prospek tidak mahu mendengar, tidak minat dan berkata dengan perkataan yang tidak menyenangkan.
Kali PERTAMA anda gagal mendapat prospek, itu memberikan anda pengalaman. Anda seterusnya memperbaiki diri dari segi pertuturan, kesabaran, ketakutan, kekuatan, penerimaan dan akhirnya memberi pengalaman yang cukup manis.
Dari situ anda sudah belajar dengan bebagai karektor prospek dan secara tidak langsung anda mula belajar mengenal kebolehan diri sendiri. Anda sudah bersiap sedia dengan ilmu bila berjumpa dengan prospek, anda tidak lagi gagap, gugup, blank dan sebagainya.
Anda sudah boleh berinteraksi dengan baik sehingga prospek terus beli produk anda tanpa banyak bicara. Itulah pentingnya latih tubi yang dibuat setiap hari berjumpa prospek menjadi berkesan.
Jadikan prospek anda sebagai kawan, bercakap dengan mesra seolah-olah anda telah mengenali sudah lama. Mengenali prospek anda dengan bertanya serba sedikit tentang peribadinya. Contoh : Nama penuh, Kerja dimana atau buat bisnes apa, guna talipon line apa dan sebagainya.
Bercerita berkenaan produk dengan penuh yakin dan pastikan prospek faham betul-betul.
Cerita dengan ayat yang mudah difahami oleh prospek kerana mereka datang dari berbagai latar belakang, Apa yang nak disampaikan itu adalah dengan hati barulah ada Aura. Jangan anda menjual tetapi anda berkongsi . Jadikan satu amalan , andaikata prospek tak join atau tak beli anda masih lagi merasa happy. Semangat anda tidak akan down malah anda akan terus berkongsi.
Yang paling penting dalam bisnes adalah follow up, samada belum menjadi ahli atau sudah menjadi ahli. Pernah tak anda mendapat message dari syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain contoh Celcom, Maxis dan lain-lain. Syarikat Besar pun buat follow up apa lagi dengan kita yang baru nak bermula. Sedangkan mereka selalu mengguna media massa dan media sosial untuk mengiklankan produk mereka, tapi masih lagi mengguna SMS dan emel untuk follow up. Kadang-kadang kita juga boleh melihat mereka di Pasar-pasar malam, di luar-luar bank mencari prospek baru dengan pakej-pakej baru.
Sudah banyak tips dan cara-caranya, saya harap ia dapat memberi panduan kepada anda yang ingin maju kedepan untuk Berjaya.
Dari offline anda juga harus melangkah kedunia Online kerana zaman sekarang kebanyakan orang membeli dihujung jari. Akibat dari kesuntukan masa mereka lebih suka membeli secara online. anda perlu bermula dari sekarang supaya anda tidak kebelakang. Tua atau muda perlu beralih cara pemasaran online dimana anda berupaya mendapat prospek di seluruh Malaysia dan luar negara.
Pengalaman saya mencari ilmu pemasaran online selama setahun, Saya ni kurang sikit bab IT, nak buka akaun facebook pun tak tahu. Emel pun tak ada, dengan bantuan anak mereka tolong buka akaun emel dan facebook. Saya cuba post berkenaan produk tapi sunyi sepi, dalam hati macam mana
nak buat tengok orang senang je dapat sale. Ada seminar PERCUMA saya pergi, ada yang berbayar saya pergi. Orang jual Ebook saya beli tapi saya tidak tahu dari mana harus bermula. Duit dah habis banyak tapi masih juga tak dapat jual produk saya.
Satu hari allah pertemukan saya dengan seorang IM dalam group support , dari situ saya follow dia dan membeli ebook darinya . Ebook Panduan Dominasi Fb Group yang berharga RM5 sahaja tetapi isinya padat , mudah , dari permulaan sehingga akhir ebook ini menunjuk cara asas tools yang penting sebagai Newbie untuk memulakan bisnes online.
Bukan semua seminar, bengkel yang diajar untuk orang baru yang Zero macam saya. Tapi alhamdulillah ilmu-ilmu ini ada conection dengan ebook Panduan Dominasi Fb Group. Jadi bila saya baca dan praktik satu persatu akhirnya saya berjaya. Apa yang saya nak memang ada dalam ebook ini. Saya juga agen afilliate ebook ini dan selepas 2 hari saya berusaha akhirnya saya berjaya menjual ebook ini berharga RM5 dan inilah hasil pertama saya . Sejak hari itu Tuan Sabree Hussin adalah Mentor saya dan banyak kejayaan yang telah saya capai melalui tunjuk ajar darinya.
Saya kini seorang penulis blog, penulis ebook, agen affilliate, ahli Tone Excel dan yang terbaru
in shaa allah akan menjadi ahli BESTMobile. Panjangnya saya cerita nanti lupa pulak nak bagi tip pemasaran online.
Bila anda ada asas dalam pemasaran in shaa allah anda dapat melakukan dengan kedua-dua cara pemasaran. Apa yang penting kemahuan untuk terus belajar tidak pernah jemu kerana ilmu amat penting. Apa yang penting anda perlu berani untuk berubah.
Dalam pemasaran online anda tidak mengenali prospek anda dan anda hanya berhubung melalui facebook, emel , sms, talipon dan juga whatsapp. Apa yang paling penting anda perlu tools-tools dibawah untuk membuat pemasaran.
Selain facebook anda juga memerlukan ->
1. Tulis imformasi produk anda
2. Masukkan gambar-gambar berkenaan produk anda
3. Mesti tambah kawan
4. Jenamakan diri anda
5. Kredilbility penting dalam bisnes online
6. Ada group sendiri
7. Ada page berkenaan produk
8. Update Status kalau boleh sekali sehari
9. Emel markerting
10. Autoresponder
11. Blog (berkenaan produk anda)
12. Ebook
13. Surat Jualan
14. Minisite
15. Web produk
5 Tools asas WAJIB yang perlu anda ada untuk memulakan Bisnes Online
Facebook, FanPage, Minisite, Blog dan Autoresponder
Untuk dapatkan cara-caranya anda boleh dapatkan dalam ebook Sistem Pemasaran Online tulisan saya sendiri lengkap dengan Case Study.
Untuk dapatkan cara-caranya anda boleh dapatkan dalam ebook Sistem Pemasaran Online tulisan saya sendiri lengkap dengan Case Study.
Juga anda boleh dapat dalam blog saya secara PERCUMA
.
dan juga
.
Dari ebook Panduan Dominasi Fb Group yang ditulis oleh Tuan Sabree Hussin dengan layari link ini.
.
dan juga
.
Dari ebook Panduan Dominasi Fb Group yang ditulis oleh Tuan Sabree Hussin dengan layari link ini.
Saya harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manafaat untuk anda semua. Saya doakan anda selamat maju jaya dan sentiasa jujur, telus dan ikhlas dalam apa-apa jua pekerjaan. Bekerja kerana allah adalah Jihad dan berjihadlah dalam pekerjaan anda. In shaa allah .
Saya tinggal disini dulu dan saya akan jumpa anda dilain Tajuk. Semoga cerita-cerita saya tidak membosankan anda.
Sila like page saya
https://www.facebook.com/pages/BESTMobile-Kemaman/1601441356758900?ref=hl
#rohatiramlee
#bestmobilekemaman
No comments:
Post a Comment