Tuesday, 31 March 2015

Pemasaran BESTMobile boleh dilakukan dengan Online dan Offline

Bagi mereka yang PAKAR dalam pemasaran tidak rasa bimbang pun bagaimana untuk mencari prospek. Bukan semua orang tahu dan bagaimana untuk menjual sesuatu produk sekiranya tiada ilmu didada.

Mungkin setengah orang  akan berkata kacang je ni, ia bagi yang pakar tetapi cara tidak sama untuk satu-satu produk. Memang kacang je sekira produk itu berbentuk keperluan harian seperti barang-barang basah, barang dapur dan sebagainya. Kerana mereka hanya menunggu pelanggan datang tetapi lain pula dengan produk kesihatan, produk kecantikan dan produk BESTMobile.

Anda perlu tahu dan kena ambil tahu serta belajar bagaimana untuk mendapat perhatian pelanggan walaupun secara offline dimana produk sudah ada didepan mata. Cara berkomunikasi dan cara menjawab berbagai-bagai soalan dari pelanggan. Oleh sebab itu jangan ambil remeh temeh tentang perkara ini. Anda wajib belajar , membaca dan mengingati fungsi produk, kebaikan produk, kelebihan produk , keupayaan produk berserta dengan Testimoni.

Itu semua belum lagi cukup untuk berjuang , anda perlu ada dalam diri anda semua perkara dibawah.

1. Mesti mempunyai keyakinan
2. Mesti telus
3. Mesti Jujur dan ikhlas
4. Mesti ada sikap menghormati
5. Mesti ada sikap budi bicara
6. Mesti Bertanggungjawab
7. Mesti Berani
8. Sentiasa senyum , menunjukkan anda happy
9. Ada Target dan keinginan bersungguh-sungguh
10. Usaha yang istiqomah


Tools-tools yang akan membantu anda dalam pemasaran offline ialah:

1. Talipon 10 orang setiap hari - lakukan dengan istiqomah
2. SMS 10 orang setiap hari - lakukan dengan istiqomah
3. Fax flyers anda ke syarikat atau pejabat-pejabat - jika anda malas untuk keluar
4. Masukkan flyers dalam akhbar harian
5. Edarkan flyers ke kawasan perumahan , kedai, letak pada cermin kereta.
6. Buka Booth ditempat-tempat orang ramai seperti depan pasaraya, pasar malam, pasar tani
7. Buka Booth dimana ada Karnival jualan

Sekiranya anda lakukan semua diatas in shaa allah anda Berjaya. Sebenarnya anda kena bijak dan berani serta tidak mudah kecewa bila prospek tidak mahu mendengar, tidak minat dan  berkata dengan perkataan yang tidak menyenangkan.

Kali PERTAMA anda gagal mendapat prospek, itu memberikan anda pengalaman. Anda seterusnya memperbaiki diri dari segi pertuturan, kesabaran, ketakutan, kekuatan, penerimaan dan akhirnya memberi pengalaman yang cukup manis.

Dari situ anda sudah belajar  dengan bebagai karektor prospek dan secara tidak langsung anda mula belajar mengenal kebolehan diri sendiri. Anda sudah bersiap sedia dengan ilmu bila berjumpa dengan prospek, anda tidak lagi gagap, gugup, blank dan sebagainya.

Anda sudah boleh berinteraksi dengan baik sehingga prospek terus beli produk anda tanpa banyak bicara. Itulah pentingnya latih tubi yang dibuat setiap hari berjumpa prospek menjadi berkesan.

Jadikan prospek anda sebagai kawan, bercakap dengan mesra seolah-olah anda telah mengenali sudah lama. Mengenali prospek anda dengan bertanya serba sedikit tentang peribadinya. Contoh : Nama penuh, Kerja dimana atau buat bisnes apa, guna talipon line apa dan sebagainya.

Bercerita berkenaan produk dengan penuh yakin dan pastikan prospek faham betul-betul.
Cerita dengan ayat yang mudah difahami oleh prospek  kerana mereka datang dari berbagai latar belakang, Apa yang nak disampaikan itu adalah dengan hati barulah ada Aura. Jangan anda menjual tetapi anda berkongsi . Jadikan satu amalan  , andaikata prospek tak join atau tak beli anda masih lagi merasa happy. Semangat anda tidak akan down malah anda akan terus berkongsi. 

Yang paling penting dalam bisnes adalah follow up, samada belum menjadi ahli atau sudah menjadi ahli. Pernah tak anda mendapat message dari syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain contoh Celcom, Maxis dan lain-lain. Syarikat Besar pun buat follow up apa lagi dengan kita yang baru nak bermula. Sedangkan mereka selalu mengguna media massa dan media sosial untuk mengiklankan produk mereka, tapi masih lagi mengguna SMS dan emel untuk follow up. Kadang-kadang kita juga boleh melihat mereka di Pasar-pasar malam, di luar-luar bank mencari prospek baru dengan pakej-pakej baru.

Sudah banyak tips dan cara-caranya,  saya harap ia dapat memberi panduan kepada anda yang ingin maju kedepan untuk Berjaya.


Dari offline anda juga harus melangkah kedunia Online kerana zaman sekarang kebanyakan orang membeli dihujung jari. Akibat dari kesuntukan masa mereka lebih suka membeli secara online. anda perlu bermula dari sekarang supaya anda tidak kebelakang. Tua atau muda perlu beralih cara pemasaran online dimana anda berupaya mendapat prospek di seluruh Malaysia dan luar negara.

Pengalaman saya mencari ilmu pemasaran online selama setahun, Saya ni kurang sikit bab IT, nak buka akaun facebook pun tak tahu. Emel pun tak ada, dengan bantuan anak mereka tolong buka akaun emel dan facebook. Saya cuba post berkenaan produk tapi sunyi sepi, dalam hati macam mana
nak buat tengok orang senang je dapat sale. Ada seminar PERCUMA saya pergi, ada yang berbayar saya pergi. Orang jual Ebook saya beli tapi saya tidak tahu dari mana harus bermula. Duit dah habis banyak tapi masih juga tak dapat jual produk saya.

Satu hari allah pertemukan saya dengan seorang IM dalam group support , dari situ saya follow dia dan membeli ebook darinya . Ebook Panduan Dominasi Fb Group yang berharga RM5 sahaja tetapi isinya padat , mudah , dari permulaan sehingga akhir ebook ini menunjuk cara asas tools yang penting sebagai Newbie untuk memulakan bisnes online.

Bukan semua seminar, bengkel yang diajar untuk orang baru yang Zero macam saya. Tapi alhamdulillah ilmu-ilmu ini ada conection dengan ebook Panduan Dominasi Fb Group. Jadi bila saya baca dan praktik satu persatu akhirnya saya berjaya. Apa yang saya nak memang ada dalam ebook ini. Saya juga agen afilliate ebook ini dan selepas 2 hari saya berusaha akhirnya saya berjaya menjual ebook ini berharga RM5 dan inilah hasil pertama saya . Sejak hari itu Tuan Sabree Hussin adalah Mentor saya dan banyak kejayaan yang telah saya capai melalui tunjuk ajar darinya.

Saya kini seorang penulis blog, penulis ebook, agen affilliate, ahli Tone Excel dan yang terbaru 
in shaa allah akan menjadi ahli BESTMobile. Panjangnya saya cerita nanti lupa pulak nak bagi tip pemasaran online.

Bila anda  ada asas dalam pemasaran in shaa allah anda dapat melakukan dengan kedua-dua cara pemasaran. Apa yang penting kemahuan untuk terus belajar tidak pernah jemu kerana ilmu amat penting. Apa yang penting anda perlu berani untuk berubah.

Dalam pemasaran online anda tidak mengenali prospek anda dan anda hanya berhubung melalui facebook, emel , sms, talipon dan juga whatsapp. Apa yang paling penting anda perlu tools-tools dibawah untuk membuat pemasaran. 

Selain facebook anda juga memerlukan ->


1.   Tulis imformasi produk anda
2.   Masukkan gambar-gambar berkenaan produk anda
3.   Mesti tambah kawan
4.   Jenamakan diri anda
5.   Kredilbility penting dalam bisnes online
6.   Ada group sendiri
7.   Ada page berkenaan produk
8.   Update Status kalau boleh sekali sehari
9.   Emel markerting
10. Autoresponder
11. Blog (berkenaan produk anda)
12. Ebook
13. Surat Jualan
14. Minisite
15. Web produk



5 Tools asas WAJIB yang perlu anda ada untuk memulakan Bisnes Online
Facebook, FanPage, Minisite, Blog dan Autoresponder
Untuk dapatkan cara-caranya anda boleh dapatkan dalam ebook Sistem Pemasaran Online tulisan saya sendiri lengkap dengan Case Study.
Juga anda boleh dapat dalam blog saya secara PERCUMA
.
dan juga
.
Dari ebook Panduan Dominasi Fb Group yang ditulis oleh Tuan Sabree Hussin dengan layari link ini.

Saya harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manafaat untuk anda semua. Saya doakan anda selamat maju jaya dan sentiasa jujur, telus dan ikhlas dalam apa-apa jua pekerjaan. Bekerja kerana allah adalah Jihad dan berjihadlah dalam pekerjaan anda. In shaa allah .

Saya tinggal disini dulu dan saya akan jumpa anda dilain Tajuk. Semoga cerita-cerita saya tidak membosankan anda.

Sila like page saya 

 https://www.facebook.com/pages/BESTMobile-Kemaman/1601441356758900?ref=hl

#rohatiramlee
#bestmobilekemaman

Friday, 27 March 2015

Kelebihan BESTMobile

Setiap produk yang dipasarkan mesti ada kelebihan-kelebihan tersendiri , tidak kira apa bentuk produk pun. Uniknya satu-satu produk datang dipasaran pasti ada keistimewaan yang memukau pada pelanggan.

Begitu juga dengan simkad BESTMobile dan pembeli-pembeli yang tertentu sahaja boleh menilai kekuatan sesuatu produk. BESTMobile didatangkan dengan LIMA alasan untuk pelanggan-pelanggan mereka iaitu:
Lebih Jimat , Lebih Imbuhan, Lebih Baik, Lebih Dihargai, Lebih Best





LEBIH JIMAT          

Anda tidak perlu lagi berkira-kira apabila menggunakan perkhidmatan kami. Pastinya kami memberikan penjimatan yang lebih kepada anda.

LEBIH IMBUHAN

Segala usaha anda akan diberikan ganjaran. Kami menyediakan peluang kepada anda sebuah perniagaan legasi yang boleh diwariskan.

LEBIH BAIK

Kami menyediakan talian dengan liputan yang lebih luas disamping internet yang lebih pantas

LEBIH DIHARGAI

Kami mengiktirafkan segala kejayaan anda disini. Andalah rakan niaga kami.Anda adalah aset, sebab itu kami senantiasa merancang pelbagai program dalam dan luar negara bagi mempertingkatkan kemahiran anda. Kami juga menyediakan pelbagai jenis insentif dan bonus sebagai kesetiaan anda.

LEBIH BEST

Dengan kos permulaan yang kecil disamping risiko yang rendah, kini anda boleh membina kerjaya anda disamping membantu yang lain untuk berjaya. Anda tidak keseorangan di BESTMobile.


UNIKNYA BESTMobile ini mempunyai sistem yang merangkumi dari plan markerting yang sememangnya memberi pendapatan kepada pengguna talipon. Juga menjadikan pengguna kepada Usahawan Telekomunikasi dengan diberi latihan dan tunjuk ajar dari titik permulaan menjejak kaki sebagai Brand Partner di BESTMobile.

Diantara Kursus dan Latihan yang diberi kepada setiap Brand Partner untuk bergerak maju bersama-sama BESTMobile membina kerjaya sebagai USAHAWAN Telekomunikasi yang Berjaya.  

SISTEM LATIHAN EFFEKTIF

Industri telekomunikasi adalah satu industri yang sangat berdaya saing. Matlamat kami adalah untuk memastikan anda berjaya. Sebab itulah kami berusaha keras menyediakan satu sistem latihan yang effektif untuk anda dan kumpulan anda secara berterusan dan percuma.

LANGKAH PERTAMA

Langkah Pertama adalah satu kelas latihan yang diberikan kepada semua ahli baru yang menyertai program BESTMobile ini.

Sebagai ahli baru anda akan diajar bagaimana memulakan langkah pertama menjalankan perniagaan ini serta diajar mengguna skrip yang betul membuat penajaan serta persediaan lain memulakan kehidupan baru sebagai usahawan.

MEMBINA KUMPULAN

Kami juga menyediakan beberapa siri latihan bagi membangunkan pemimpin yang berkualiti dan mampu menjadi pembimbing kepada rangkaian mereka.

Bagi kami kejayaan anda adalah kejayaan kami.

LATIHAN USAHAWAN

Tumpuan khas juga akan diberikan kepada ABC, ABP dan Premium ABP.

Kami bersedia memberikan pengetahuan dan bimbingan berkaitan pengurusan cawangan yang effektif, asas perakaunan dan beberapa latihan lain yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan.

PENDEDAHAN INDUSTRI

Memahami perjalanan industri telekomunikasi adalah perlu. Ahli kami akan didedahkan dengan jargon serta maklumat terkini industri ini. Kami percaya kepada professionalism.

PEMASARAN SOSIAL

Selain dari tools sistem pemasaran kepada setiap ahli. Kami juga akan membantu menyediakan platform latihan dan teknik berkesan pemasaran internet.


BESTMobile mempunyai MISI dalam membentuk kejayaan syarikat dan juga ahlinya. Kejayaan ahli tunggak yang amat penting untuk terus kukuh dalam industri telekomunikasi. Untuk itu pihak syarikat BESTMobile telah menetapkan tahap pencapaian kearah kejayaan. 


5 LANGKAH UNTUK BERJAYA


BERKONGSI KELEBIHAN

Apa yang perlu anda lakukan ialah jangan berhenti berkongsi pengalaman manis anda dan kelebihan perkhidmatan BESTMobile kepada rakan dan saudara mara anda.

LAKUKAN PENAJAAN

Di BESTMobile, perjualan berlaku secara organik tanpa anda bersusah payah. Kunci kepada jumlah pendapatan bulanan yang tinggi adalah dari penajaan.

Pastikan setiap rangkaian anda melakukan penajaan secara konsisten dan persisten.

MEMBINA KUMPULAN

Tips ketiga untuk berjaya di BESTMobile adalah membantu rangkaian berkembang.

Kumpulan yang berjaya sentiasa mendapat sokongan dan dorongan dari pemimpin mereka.

MELATIH PEMIMPIN

Kekuatan sesuatu kumpulan adalah bergantung kepada berapa ramai pemimpin yang dapat dilahirkan.

MENGIKUT SISTEM

Hanya mengikut jejak langkah mereka yang berjaya, anda juga boleh berjaya. Kami menyediakan tempat untuk anda belajar seberapa lama yang anda mahu.

Di BESTMobile anda tidak perlu risau akan istilah kegagalan.


Saya percaya apa yang telah digariskan oleh BESTMobile adalah yang terbaik untuk ahlinya. So apa yang nak ditunggu lagi . Sertailah BESTMobile untuk masa depan anda. Apa yang saya terang semuanya telah jelas. Tinggal keputusan anda sahaja untuk membuat tindakan selanjutnya.

Saya jumpa anda dengan tajuk yang lain pula.

Terima kasih semua pada anda yang sudi membaca info ini. Untuk itu saya sediakan satu ebook premasaran online untuk anda secara PERCUMA. Isikan nama dan emel anda dibawah. Saya akan simpan nama dan emel anda ditempat yang selamat.



First name

E-mail address






#rohatiramlee
#bestmobilekemaman
#bestmobilemalaysia

Thursday, 26 March 2015

Pakej - pakej Yang Di Tawarkan

Pakej Yang BEST

Dalam facebook anda selalu nampak iklan-iklan tentang BESTMobile, walaupun belum lagi dilancarkan tetapi ia telah menjadi satu Fenomena baru. Mesti anda tertanya-tanya bila lagi BESTMobile nak dilancarkan seolah-olah semua orang tidak sabar menanti kelahiran satu syarikat baru ini.

Yang lebih Best bila pakai baju yang berlambangkan logo BESTMobile mesti ada orang tanya dengan soalan , Ini ke BESTMobile? BESTMobile dah keluar ke? dan bermacam-macam lagi soalan. Betapa mudahnya untuk mendapat prospek walaupun produk belum lagi dilancarkan.



Kalau orang asyik duk tanya mesti produk ini BESTkan, apa tidaknya belum lagi dilancarkan tapi kami telah merasa getaran AURA yang amat hebat. Setiap kali ada preview mesti ramai orang yang hadir sehingga melimpah keluar dewan. Anda yang belum lagi menempah boleh baca dan faham kenapa hebatnya BESTMobile.





BESTMobile menyediakan beberapa pakej . Diantaranya ialah 2 pakej ini memang JIMAT


·         Pakej Langganan RM40 :
- 60 minit masa berbual
- 100 sms
- Data 500MB





·         Pakej Langganan RM60 :
- 100 minit masa berbual
- 100 sms
- Data 1.2 GB



Disini saya terangkan kepada anda Pakej Langganan RM60


Dengan RM60 , anda mendapat PERCUMA dibawah

100 minit masa berbual – (100x0.19 = RM19)
100 SMS  - (100x 0.10 = RM10)
1200mb/1.2g data – (1200x 0.10 = RM120)

Anda telah mendapat PERCUMA sebanyak = RM19+RM10+RM120 = RM149
Nilai sebenar yang sepatutnya anda bayar ialah RM209, tetapi anda hanya bayar RM60 sahaja
Anda boleh menikmati dengan sepuasnya.


Sekiranya anda sekeluarga menggunakannya memang lebih UNTUNG dan lebih JIMAT



Telco C
Ali
Isteri
Anak


RM60
RM60
RM60
Jumlah topup sebulan RM180 untuk 3 orang
BestMobile
RM60
RM60
RM60
Jumlah yang sama seperti Telco C = RM180
Masa berbual
PERCUMA
100 minit
100 minit
100minit
Jumlah = 300 minit
SMS PERCUMA
100
100
100
Jumlah = 300 sms
Data/internet
PERCUMA
1200mb
1200mb
1200mb
Jumlah = 3600/3.6g
Dengan
Bayaran
Yang
Sama RM180
Anda mendapat penjimatan sehingga 300 masa berbual, 300 sms, 3.6g data
Kalau dikira
Dalam
bentuk
duit
RM149 x 3 orang =RM447
PERCUMA sahaja

Mana nak carikan , memang JIMAT JIMAT JIMAT sangat. Itu baru servis yang ditawarkan belum lagi yang lain-lain.


Anda juga dapat insentif fast track anda hasil dari pendaftaran sebanyak RM20
Anda juga mendapat 11% dari insentif top up level pertama anda.

Family Plan (dari segi insentif top up bulanan) tidak termasuk d9 lain, selama ini anda bayar je RM180 untuk servis sahaja. Dengan Bestmobile anda dapat pulangan RM53.20 sebulan.

Cuba lihat dibawah

Topup
RM60 sebulan
Ali
Isteri
Anak
Jumlah

RM60
RM60
RM60
RM180
Insentif 11% level 1

RM6.60
RM6.60
RM13.20
Insentif Fast Track
One off

RM20
RM20
RM40
Jumlah
PULANGAN



RM53.20

Selama ini adakah anda mendapat pulangan dari servis yang anda guna?
Kalau 10 tahun anda guna dan setia adakah anda dapat apa yang kami beri ini.

Mengapa masih menunggu sedangkan anda sudah nampak perbezaan yang telah saya tunjukkan satu persatu. Saya pun seperti anda juga tetapi bila ada peluang saya terus grab. Saya tahu saya guna saya akan dapat menyelesaikan budget bulanan saya untuk bil talipon saya. Malah saya akan dapat lebih dari itu. 


Kadar Domestik 

Panggilan 19 seminit ke semua telco
SMS 10 sen ke semua telco
Data 10 sen/MB

PAKEJ FAMILY & FRIEND PLAN

 ( untuk 3 orang) :
16 sen/minit
7 sen/sms


Data Plan Normal 

500MB - RM22
1GB - RM38
1.5GB -  RM57
3GB - RM99


Cuba anda baca dan teliti mesti anda teruja kerana selain anda dapat servis dengan harga yang murah . Anda juga mampu mendapat pulangan walaupun anda sebagai pengguna. 

Sekiranya anda juga ingin bersama-sama kami menjana pendapatan, anda juga boleh mengapai impian anda untuk melunaskan segala hutang-hutang anda secara perlahan atau pun secara drastik. Pilihan ditangan anda, tiada siapa dapat memaksa kerana anda juga perlu berhati-hati, apa yang saya katakan ini mungkin tidak betul.

Anda perlu mencari info-info yang sahih supaya anda lebih yakin dan percaya bahawa RM49
boleh mengubah kehidupan anda.

Saya berhenti disini dahulu dan kita akan bertemu dilain Tajuk, in shaa allah. Saya memberi ebook PERCUMA kepada mereka yang membaca blog saya. Saya mohon anda boleh memberi sedikit fit back kepada ebook tersebut.

Sila isi Nama dan Emel anda dibawah, saya akan simpan di tempat yang selamat.




                                           
First name

E-mail address


     




#rohatiramlee
#bestmobilekemaman
#best

Sunday, 15 March 2015

BESTmobile: BESTmobile

BESTmobile: BESTmobile: Kita akan dapat INFO dari Televisyen, Surat Khabar dan juga Media Sosial seperti Facebook, Tweeter, Blog. Dan Sebahagian dari kit...

Prabayar yang lebih BEST



Seperti lain-lain syarikat telekomunikasi Celcom, Maxis, Digi dan sewaktu dengannya. Sebelum ini kita hanya mengguna sahaja dengan servis yang diberikan oleh pihak syarikat telco.

Setiap bulan kita memang akan menjelaskan bil atau topup untuk kegunaan panggilan, sms dan data. Ia menjadi satu keperluan kepada setiap individu . Tanpa talian kita tidak akan dapat berhubung dan berinternet juga main game bagi budak sekolah seawal 12 tahun.



Memperkenalkan satu talian telco yang baru, yang akan dilancarkan April ini.


"BESTMobile - Prabayar yang lebih BEST"


BESTMobile merupakan sebuah Telco baru seperti mana-mana syarikat telco yang lain, cuma BESTMobile disertakan dengan sebuah program dimana setiap pengguna @ Ahli BESTMobile boleh menjalankan perniagaan mengikut plan pemasaran yang telah disediakan oleh Pihak syarikat.

Pihak BESTMobile menjalinkan kerjasama Dengan pihak penyedia perkhidmatan Maxis, Umobile, dan Frendi serta BESTMobile sendiri adalah penyedia Perkhidmatan rangkaian kepada pengguna. Ini bermakna bukan saja mendapat "line" BESTMobile, tetapi juga maxis, Umobile dan juga Frendi.

Anda boleh membeli Topup dimana-mana Kiosk Stesen Minyak dan rangkaian  Seven E di seluruh negara. Sekiranya tiada topup BESTMobile ditempat yang disebut tadi , anda boleh mendapatkan "topup FRENDI".


Alternatif beli topup di Kiosk atau rangkaian sevenE , anda juga digalakan untuk memiliki simkad STK (sim tools kit) yang berfungsi sebagai Alat Tambah Nilai (Topup) untuk BESTMobile. Ini juga memberikan anda menjana pendapatan  bermula 4 - 8.5% keuntungan dari hasil "Reload Topup " ini.




Rate BESTMobile merupakan yang termurah diantara rangkaian-rangkaian yang ada.  Kadar panggilan Flat Rate ialah 19sen seminit ke semua rangkaian, 7sen /sms dan 10sen/mb untuk data dengan kelajuan 4g untuk domestik. Simkad yang telah tersedia untuk kegunaan 4g.

BESTMobile juga menyediakan Program Perniagaan dan Pakej BESTMobile.  
Ahli BESTMobile boleh menjalankan perniagaan mengikut plan pemasaran yang telah disediakan oleh Pihak syarikat.




Bagaimana untuk menjadi Agen atau pengguna kepada BESTMobile? Anda boleh menjadi agen (Brand Partner) atau pengguna dengan hanya mendapatkan "Starter Pack simkad BESTMobile" dengan harga Promosi RM49. Sebagai Brand Partner anda boleh memperkenalkan perniagaan ini kepada sesiapa sahaja.

Starter Pack (Pendaftaran) = RM49
Ada kredit RM10
Nombor tersedia (011 - 38xxxxxx)
Boleh kekal no.lama (MNP)
Boleh tukar no. pilihan (sistem USSD)

Setelah simkad anda didaftarkan , automatik anda telah menjadi Brand Partner dan layak mendapat BONUS-BONUS yang tawarkan.

Uniknya simkad ini memberi anda satu program yang boleh memberi pendapatan sampingan dan boleh bertukar menjadi Bisnes untuk anda. Ya benar bisnes yang bermodalkan RM49 . Hanya dengan sekali modal sahaja anda dapat menjana income berkali-kali.

Betul ke!

Nak tahu anda kena guna , rasai dan berkongsi dengan keluarga, kawan dan rakan-rakan kenalan anda. Saya tak reti tak tahu nak menjual simkad ini. Mengapa anda nak jual simkad? Anda hanya berkongsi pada mereka sahaja. Sekiranya anda tidak berkongsi bagaimana keluarga, kawan dan rakan-rakan anda untuk mendapat info-info terkini.

Mudahkan!

Setelah anda berkongsi mesti ada yang ingin menjadi seperti anda. Apa tidaknya mereka juga ingin menjadi seperti anda dan merasai apa yang anda telah dapat.

INSENTIF PENDAFTARAN (RI - Registration Incentive)

Apabila anda berkongsi anda mendapat Insentif Pendaftaran  mengikut top up bulanan anda. Disini ada 2 kategori untuk  RI. Sekiranya anda top up setiap bulan dari RM15 - RM59.99 anda akan mendapat  RM15 setiap pendaftaran. Jika anda top up melebihi RM60 setiap bulan, anda akan dapat RM20 untuk setiap pendaftaran.

Sebagai CONTOH PENGIRAAN:

Anda telah mendaftar seramai 30 orang di Level 1

1.  30 orang x RM15 = RM450  
2.  30 orang x RM20 = RM600

Insentif RI akan anda dapat mengikut topup bulanan anda.

Selain itu anda juga akan dapat Bonus Rangkaian (Insentif Topup)


LEBIH IMBUHAN
·         





Diantara INSENTIF-INSENTIF Yang Diberi kepada Pengguna Yang Berminat Menjalankan Program Perniagaan Bersama BESTMobile.

·        INSENTIF TOP UP - insentif yang diberi juga mengikut top up peribadi anda.


Top Up peribadi RM15 - RM59.90
Insentif penajaan (pendaftaran RI) RM15/org
Insentif topup :
L1 : 6%
L2 : 4%
L3 : 11%




CONTOH: Pengiraan Insentif Top up peribadi diatara RM15 - RM59.99 sebulan

Anda telah berkongsi seramai 30 orang. 30 orang yang telah join bersama anda, anda letakkan di Level 1. Mereka yang join di Level 1 anda melakukan seperti anda . So anda juga ada 15 orang di level 2, dan 10 orang di Level 3.

Contoh mereka semua topup RM60

30 orang x 60 x 6% = RM108
15 0rang x 60 x 4% = RM36
10 orang x 60 x 11% = RM66
Jumlah Insentif Top up anda ialah RM108 + RM36 + RM66 = RM210

Begitu juga sekiranya Top up peribadi anda melebihi RM60 sebulan.

Top Up peribadi RM 60 ke atas
Insentif penajaan(pendaftaran RI) RM20/org
Insentif  topup :
L1 : 11%
L2 : 4%
L3 : 15%


CONTOH: Pengiraan Insentif Top up melebihi RM60 sebulan

30 orang x 60 x 11% = RM198
15 orang x 60 x 4%   = RM36
10 orang x 60 x 15% = RM90
Jumlah Insentif Top up anda ialah RM198 + RM36 + RM90 =RM324

Saya cadangkan anda Top up RM60 sebulan untuk mendapat lebih Insentif. Tetapi terpulang pada kemampuan anda. Anda juga boleh nampak perbezaan insentif top up yang anda akan dapat. 

INSENTIF FAB (Fast Action Bonus)


Anda akan mendapat Insentif FAB sekiranya anda dapat mendaftar seramai 30 orang di Level Pertama dalam 30 hari pertama dari tarikh anda mendaftar diri sebagai Brand Partner . Oleh kerana anda telah berusaha dan anda adalah seorang Leader dan mencapai target tersebut. Anda layak mendapat RM500 sekali sahaja.

LEADERSHIP BONUS


Apabila anda mendapat Insentif Top up RM300 dibulan pertama anda mendaftar sebagai Brand Partner, anda layak menerima Leadership Bonus RM300. 

INSENTIF YANG ANDA DAPAT DI BULAN PERTAMA

 Fast Track Bonus (30 orang x RM20) = RM600
Leadership Bonus = RM300 
Insentif Top Up = RM324 
Fast Action Bonus (FAB) = RM500

Jumlah Keseluruhan INSENTIF bulan pertama = RM1724


Apa yang saya tulis ini adalah untuk anda yang bersungguh-sungguh untuk merubah kehidupan anda. Saya harap anda betul-betul faham bagaimana untuk mendapat INCOME RM1724 hanya berMODALkan RM49 sahaja.

Saya sebagai LEADER akan bantu anda untuk mencapai impian anda ini. In shaa allah.
Saya akan sambung lagi di lain blog dan harap jangan lupa membaca dalam tajuk yang berlainan.

Saya memberi Ebook PERCUMA kepada sesiap yang membaca blog ini. Sila isi Nama dan Emel anda dibawah. Saya akan simpan nama dan emel anda ditempat yang selamat.



First name

E-mail address






#rohatiramlee
#bestmobilekemaman
#best 


https://www.facebook.com/pages/BESTMobile-Kemaman/1601441356758900?ref=hl